10 Cara Kreatif Dalam Pemasaran Viral

Huh, agak lama juga saya tak membuat post dan berkongsi pendapat dan ilmu kepada pembaca blog saya. Kepada mereka yang subscribe blog saya ini, saya ucapkan ribuan terima kasih kerana masih setia walaupun saya jarang update blog saya.

Insyaallah, selepas ini saya akan lebih kerap mengupdate blog ini. Topik yang dibincangkan juga akan lebih meluas dan tidak tertumpu kepada keusahawanan dan perniagaan internet sahaja. Saya ingin mengasah skil penulisan saya. Manalah tahu, boleh buat ebook dan menulis buku pula selepas ini. :)

Berbalik kepada tajuk di atas iaitu mengenai pemasaran viral. Apakah maksud Pemasaran Viral? Bagi perniagaan offline, ia disebut sebagai pemasaran “word-of-mouth,” “creating a buzz,” “leveraging the media,” “network marketing.” Dalam perniagaan internet pula, ia disebut sebagai “viral marketing” atau pemasaran viral. Pemasaran Viral merupakan satu teknik di mana anda membenarkan sesuatu produk atau servis diberikan secara percuma untuk menggandakan pemasaran melalui internet dengan pantas. Anda cuma perlu letakkan iklan anda dalam pemberian produk percuma. Di bawah merupakan 10 cara kreatif dalam pemasaran viral:

  1. Benarkan sesiapa sahaja untuk mencetak atau menerbitkan artikel dari laman web atau blog anda untuk diletakkan di dalam laporan percuma, e-majalah, newsletter atau pun ebook. Letakkan kotak sumber iaitu kotak yang menerangkan tentang diri penulis artikel tersebut (anda) dan juga kebenaran untuk mencetak atau mengulang terbit artikel tersebut.
  2. Benarkan sesiapa sahaja untuk menggunakan produk atau servis percuma anda sebagai bonus untuk produk atau servis yang mereka jual.
  3. Benarkan sesiapa sahaja untuk menggunakan online discussion board anda untuk laman web mereka. Sesetengah orang tidak mempunyainya. Letakkan banner iklan anda di atas online discussion board tersebut.
  4. Benarkan sesiapa sahaja untuk mendapatkan laman web percuma dari server anda seperti bravenet, freewebs, dll. Berikan syarat kepada mereka agar meletakkan banner iklan produk/servis anda pada setiap laman web mereka sekiranya mereka ingin menggunakan perkhidmatan laman web percuma anda.
  5. Benarkan sesiapa sahaja untuk meletakkan link mereka pada laman web direktori anda. Pesan kepada mereka agar link semula pada laman web anda atau pun iklan produk/servis anda.
  6. Benarkan sesiapa sahaja untuk meletakkan iklan dan mengesyorkan produk/servis anda di laman web, pelawat, atau pun subscriber mereka.
  7. Benarkan sesiapa sahaja untuk menyebarkan perisian percuma anda. Anda cuma perlu meletakkan iklan anda dalam program perisian tersebut.
  8. Benarkan sesiapa sahaja untuk menyebarkan grafik, font atau template laman web. Letakkan iklan anda atau minta mereka untuk link terus ke laman web anda.
  9. Benarkan sesiapa sahaja untuk meletakkan iklan mereka dalam ebook percuma anda dengan syarat mereka sebarkan ebook tersebut kepada pelawat laman web dan subscriber mereka.
  10. Benarkan sesiapa sahaja untuk menyebarkan ebook percuma anda kepada pelawat laman web mereka dan pelawat mereka juga diberikan kebenaran untuk menyebarkan ebook percuma tersebut kepada orang lain. Dengan ini, iklan produk/servis anda akan terus tersebar secara meluas dalam seluruh pelosok internet.

Sekian, selamat mencuba!

- Shukor Subahir

Blogging, Perniagaan Internet, Tips Perniagaan

Jika anda suka catatan ini, jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, sila subscribe feed blog ini dan catatan terkini akan dihantar terus ke kotak email anda.

Comments

4 Responses to “10 Cara Kreatif Dalam Pemasaran Viral”
  1. milsum Says:

    Terima kasih untuk artikel ni, update la kerap skit bro..hehehe

  2. admin Says:

    Sama-sama bro milsum. Hehehe, insyaallah saya akan update lebih kerap lepas ni…

  3. hazman aka species1980 Says:

    Sekarang nie orang suka guna laman web sosial untuk tujuan pemasaran….

  4. admin Says:

    betul tu bro hazman, dari laman web sosial tersebut juga kita boleh gunakan teknik pemasaran viral ni…




Tinggalkan Komen