Semua perniagaan bermula dengan sekeping idea. Jika anda telah melibatkan diri dalam perniagaan, anda memerlukan idea-idea untuk pemasaran, pengiklanan, menyelesaikan masalah, mencipta produk dan lain-lain lagi. Sesuatu perniagaan boleh mencipta kejayaan hanya dengan memikirkan dan menghasilkan satu idea. Begitu juga sesuatu perniagaan boleh diselamatkan daripada diisytihar “bankrap” dengan menghasilkan satu idea. Itu sahaja! Di bawah disenaraikan beberapa cara atau teknik untuk menjana idea perniagaan yang menguntungkan:
- Berkomunikasi secara berterusan dengan ahli perniagaan yang lain boleh menjana banyak idea. Terdapat banyak
sumber sama ada secara “online” atau “offline” untuk bertemu dengan ahli perniagaan atau usahawan-usahawan lain. Antaranya ialah melalui seminar, ruangan chat, ruangan perbincangan, forum dan bermacam-macam lagi. Berkongsi pengetahuan anda, bertanya soalan, dan berkongsi informasi-informasi baru akan dapat menggerakkan minda anda untuk menjana idea perniagaan. Minda anda juga akan menjadi aktif untuk sentiasa memikirkan idea-idea yang bernas - Jika anda tidak mempunyai rakan usahawan untuk berkomunikasi, cuba amalkan sikap membaca. Membaca dapat mensimulasi minda anda. Bacalah buka-buka mengenai perniagaan, majalah, ebook, laman web, jurnal, ezine, surat khabar dan lain-lain lagi. Minda anda akan menjana idea perniagaan yang menguntungkan melalui penyerapan dan pengolahan informasi secara berterusan
- Tiada masa untuk membaca? Anda boleh mendengar buku audio perniagaan, seminar dan juga kursus. Anda boleh mendengar informasi-informasi tersebut sama ada di dalam kereta, semasa anda sedang melakukan kerja-kerja rumah, semasa bersenam atau semasa anda sedang berehat. Juga, anda boleh mendengar informasi perniagaan melalui siaran radio, kalau di Malaysia seperti Stesen BFM, Radio 24 dan lain-lain. Ini dapat membantu anda menjimatkan masa dan menjana idea perniagaan yang menguntungkan
Terdapat beberapa tips tambahan yang dapat membantu anda memperbaiki strategi menjana idea perniagaan. Cuba luangkan sedikit masa anda untuk berehat dan melakukan proses “brainstorming” dengan informasi yahg anda dapat. Sediakan satu buku nota kecil beserta sebatang pen untuk anda tulis idea-idea perniagaan hebat yang anda dapat dan bawa buku nota tersebut kemana sahaja anda pergi. Jadi, jika anda memerlukan idea-idea perniagaan, buka dan rujuk kembali nota tersebut.
Secara keseluruhannya, semua perniagaan memerlukan idea perniagaan yang hebat dan menguntungkan untuk lebih berdaya saing, lebih maju, dan kekal di hadapan pesaing-pesaing yang lain.
- Shukor Subahir
betul tuh, idea tu duit tu…
Ya,betul tu idea amat berharga…boleh membangunkan sesuatu perniagaan dan menyelamatkan sesuatu perniagaan yang hampir bungkus…
banyak pekara yang berkaitan dengan e-book
aaaa ahkkkk…betul care 2..thank kayu.
ya….kita ni selalu boleh pikir byak idea2 bernas tp bila nk melaksanakan tu jd negatif plak….
Membaca dan menimbulkan idea adlh pekara yg senang ttp tindakan adlh suatu pkr yg susah utk dilakukan bagaimana pkr ini blh diatsi.
bagus. tulisan yang menyedarkan.
benda yang terlepas pandang yang kita tak perasan
Bagaimanakah caranya untuk menjana idea yang anda maksudkan disamping mendapat keuntungan. Tak sabar rasanya saya nak tahu. Mudah-mudahan saya akan menjejaki anda yang telah berjaya.
Yang ada pada saya mungkin dapat memberikan idea serta tips-tips kesihatan yang berkesan dan berkualiti.
Insyallah……
Terima kasih
saya baru ingin mmbuka stu perniagaan menjual pakaian dan barangan wanita…jdi sya ingin berkongsi pendapat anda tentang bagai mana nak mulakannya???????????