Bagaimana Cara Untuk Memulakan Perniagaan Internet?

July 31st, 2008 by admin Leave a reply »

perniagaan internetSoalan seperti ini mesti berlegar-legar di minda setiap orang yang ingin memulakan perniagaan internet. Memang banyak perbezaan antara perniagaan secara online dan offline. Salah satu kelebihan perniagaan internet ialah ianya tidak memerlukan kita untuk bersemuka dengan pelanggan untuk melakukan proses jual beli. Akan tetapi, secara asasnya dari segi konsep perniagaan ia tetap sama iaitu pelanggan berminat dan melakukan bayaran kepada anda dan anda memberi barang itu kepada pelanggan tersebut.

Baiklah, secara asasnya perniagaan internet terbahagi kepada 4 iaitu:

1) Produk / Perkhidmatan

Produk pula terbahagi kepada 2 iaitu produk fizikal dan produk digital. Contoh produk fizikal seperti kasut, handphone, pasu bunga, buku dan bermacam-macam lagi. Contoh bagi produk digital pula ialah seperti ebook, perisian, ezine dan lain-lain lagi.

Perkhidmatan merupakan suatu servis yang disediakan mengikut citarasa pelanggan. Contohnya ialah seperti perkhidmatan membina laman web, blog, menulis artikel dan bermacam-macam lagi.

2) Laman Web

Laman web atau web jualan ini amat penting kerana ia bertujuan untuk memaparkan produk atau perkhidmatan anda. Laman web ini boleh dibina sendiri atau anda boleh mengupah orang lain untuk membinanya.

3) Kebolehan Menerima Bayaran

Memangla point ke-3 ini amat penting…kalau takda, macam mana nak dapat untung, betul tak? :) Macam mana ye nak cerita, beginilah…pelanggan melawat laman web anda dan berminat dengan produk anda.

Pelanggan tersebut ingin membeli produk yang anda jual, lalu beliau melakukan pembayaran. Pelbagai cara untuk pelanggan anda melakukan bayaran. Di antaranya ialah:

- Kad Kredit
Jika pelanggan anda ingin menggunakan kad kredit untuk membayar, maka anda memerlukan ‘Merchant Account’. ‘Merchant Account’ merupakan orang tengah yang menerima bayaran dalam bentuk kad kredit bagi pihak anda dan menyalurkan wang tersebut ke bank tempatan anda.

- Perkhidmatan Online Banking
Jika anda tidak ada merchant account, jangan risau..anda masih boleh menjalankan perniagaan internet. Pelanggan masih boleh ‘bank-in’ terus ke akaun anda melalui ‘online banking’. Sekarang, terdapat pelbagai perkhidmatan perbankan secara online seperti Maybank2U, CIMBClicks dan lain-lain lagi.

- Cek dan Wang Pos
Selain daripada itu, anda juga boleh menerima bayaran melalui cek atau pun wang pos.

4) Promosi

Promosi ini amat penting kerana anda perlu dedahkan perniagaan anda kepada orang ramai. Jika anda tidak menghebahkan laman web anda kepada orang ramai, mereka tidak akan tahu kewujudan laman web dan produk yang anda ingin jual.Terdapat pelbagai cara untuk mempromosikan laman web dan seterusnya produk anda. Di sini saya akan menerangkan salah satu daripadanya ialah dengan melakukan pertukaran link (link exchange).

Caranya ialah anda perlu mencari usahawan yang menjual produk yang ’similar’ dengan produk anda sendiri tetapi mestilah dalam industri yang sama dan seterusnya anda boleh saling bertukar link.Sebagai contoh: Anda menjual batik secara online, terdapat usahawan lain yang menjual kain tenun secara online. Jadi anda boleh bertukar link.

Ini bermaksud di laman web anda, anda promosikan kain tenun usahawan tersebut dan beliau pula mempromosikan kain batik anda di laman web beliau.Ini adalah antara cara-cara promosi di mana pelawat yang hendak beli kain tenun dan ternampak iklan kain batik anda dan berminat lalu membelinya melalui link tersebut dan juga sebaliknya.Semoga tips kali ini dapat menjawab persoalan yang sering berlegar di minda anda.

Salam beramal !

signature

Advertisement

12 comments

  1. meera says:

    apa itu perniagaan atas talian?
    latar belakang perniagaan atas talian?
    apa bukti yang menunjukkan ia nye berjaya?
    apa yang menyebabkan ramai orang yang menceburi perniagaan atas talian ini.
    macam mane nak dapat statistik yang menunjukkan perniagaan ini berjaya.

  2. macam mana nak letak blog anda paling diatas bila di search oleh pelanggan, seperti di google or yahoo??

  3. Thanks untuk info yang diberi..saya tambah point,kena ada autoresponder..jika mahu tingkatkan pendapatan bisnes internet kita.

  4. suzie says:

    salam,
    nak bertanya sikit. sy bercadang nak start buss online. tapi tak tahu apa procedure nyer.. produk, cara jualan sudah ada.. cuma nak tahu, untuk buss online perlu ke diregister / dapat lesen dr mana2 pihak? kalau ya, bagaimana nak daftar?

    terima kasih.

  5. admin says:

    W’salam suzie. Untuk perniagaan internet, perlu didaftarkan di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).

    Boleh rujuk di blog sahabat saya Smartzul di sini: http://blog.smartusaha.com/perniagaan-internet-vs-daftar-perniagaan/#more-5058

  6. hamidah says:

    macam mana nak menjual frozen food di internet?

  7. mr.kawata says:

    salam 1malaysia,isteri saya ada perniagaan kosmetik.tapi dijual secara biasa-biasa ja. saya ingin memasarkan serata mungkin di dunia.minta tlg bantu utk berniaga secara online saya blank langsung.tq

  8. salam.. terima kasih atas tips-tips yang diberikan….
    ia adalah sesuatu yang memang saya cari selama ini.. :)

    saya juga ada mempunyai tips-tips seperti anda..
    insyaAllah.. sekadar berkongsi..

    ~ http://www.tipskerjaya.com~

  9. yus says:

    salam,
    saya ingin memulakan perniagaan didalam laman web
    tolong terangkan.
    terima kasih.

  10. fnd says:

    salam,
    saya baru mula perniagaan internet masih memerlukan tunjuk ajar…

  11. aida says:

    Salam,
    saya ingin memperkenalkan perkhidmatan syarikat tempat saya bekerja. Masalahnya saya tidak tahu laman web yang mana perlu saya iklankan perkhidmatan syarikat saya ini.
    Tolong terangkan
    Terima kasih.

  12. mimie says:

    kalau sy nak tny sal…harga post brg2..cne harga ehy?as per normal ke?

Leave a Reply