Berikan Ganjaran Kepada Pelanggan Anda!

Formula untuk berjaya dalam apa jua perniagaan ialah untuk mendapatkan ‘repeat purchases’ atau pembelian
berulang dari pelanggan anda. Terdapat banyak faktor untuk mendapatkan ‘repeat customers’ atau pelanggan berulang: harga, kualiti produk dan servis, perkhidmatan pelanggan yang bagus dan lain-lain lagi. Salah satu cara yang terbaik ialah dengan memberi ganjaran kepada pelanggan yang melakukan pembelian berulang.

Terdapat 3 cara yang efektif:

 1. Jumlah Produk Yang Dibeli
Teknik ini secara asasnya bergantung kepada jumlah produk/servis yang dibeli oleh pelanggan anda. Anda boleh berikan produk/servis secara percuma kepada pelanggan anda yang membuat 10 pembelian atau lebih. Untuk menjadikan teknik ini agar lebih efektif, anda boleh menetapkan satu jangka masa yang tertentu untuk pelanggan anda membuat pembelian tersebut.

2. Wang Ringgit
Anda boleh berikan wang dengan jumlah yang tertentu dan membuatkan pelanggan anda rasa berbaloi apabila membeli produk/servis anda. Beritahu pelanggan anda jika mereka melabur lebih dari RM50 untuk produk atau servis anda dalam sebulan, mereka akan dapat 50% diskaun untuk produk/servis anda yang akan datang. Anda juga boleh memberikan ganjaran kepada pelanggan anda yang membeli produk/servis anda paling banyak atau paling tinggi dalam sebulan dengan ganjaran yang besar seperti percutian.

3. Sistem Point
Berikan ganjaran kepada pelanggan anda dalam bentuk point bagi setiap Ringgit yang mereka laburkan. Katakan jika pelanggan anda melabur RM300. Ini bermakna pelanggan anda akan melabur RM300 untuk produk/servis anda bagi mendapatkan point yang secukupnya untuk mendapatkan komputer percuma. Untuk melariskan produk yang kurang laku atau hasil penjualan yang minima, anda perlu menawarkan point yang lebih untuk setiap RM1 yang dilaburkan dalam
pembelian produk yang tertentu.

Ganjaran yang diberikan juga bergantung kepada kemampuan perniagaan anda untuk menyediakan ganjaran tersebut. Anda boleh berikan ganjaran yang kurang kosnya seperti kupon, pakaian atau tiket wayang. Jika anda mampu, berikan ganjaran yang agak mahal seperti percutian, barangan elektronik atau perkakasan komputer.

Anda juga sepatutnya melabur dalam program database supaya anda boleh mengemaskini dan ‘keep track’ program ganjaran anda.

Saya harap idea-idea yang saya berikan di atas dapat membantu perniagaan anda agar lebih hebat dan berjaya.

Insyaallah!

Perniagaan Internet, Tips Perniagaan

Jika anda suka catatan ini, jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, sila subscribe feed blog ini dan catatan terkini akan dihantar terus ke kotak email anda.



Tinggalkan Komen