Cipta Keunikan Dalam Perniagaan Anda!
Assalammualaikum dan salam sejahtera semua pembaca blog shukorsubahir.com . Rasanya agak lama saya tidak mengemaskini blog ini. Saya agak sibuk kebelakangan ini dengan kerja-kerja ‘marketing’ untuk produk luar negara.
Hari ni saya nak kongsikan sedikit cerita dengan anda. Alkisah, hari Sabtu yang lepas, saya dan isteri pergi ke sebuah pusat membeli-belah sekadar nak jalan-jalan, merehatkan minda dan mencuci mata yang asyik berkerja menghadap komputer.
Mulanya kami pergi makan tengahari di sana. Lepas tu, berjalanlah saya bersama isteri di tingkat atas. Sambil berjalan tu, kami jenguk-jenguk jugalah kedai-kedai di tepi sampailah kami ternampak orang ramai berpusu-pusu ke satu kedai. Kami pun mendekati kedai tersebut dan kami dapati kedai tersebut menjual tudung dan aksesori kereta wanita.
Isteri kedua saya apa lagi, mulalah ajak saya masuk sama ke kedai tu. Melihatkan harga yang murah di situ, isteri saya terus memborong tudung-tudung yang dijual. Apa yang menarik yang hendak saya beritahu kepada anda di sini ialah tudung tersebut dijual berserta brooch yang telah dipadankan mengikut warna tudung tersebut. Tambahan pula, tudung tersebut di’packing’ dengan kemas dan menarik perhatian sesiapa sahaja yang lalu di kedai tersebut.
Dan yang paling menghairankan saya, di sebelah kedai tersebut ada 2 ke 3 gerai yang menjual tudung yang sama tetapi orang tidak pergi ke kedai tersebut. Inilah dinamakan ‘Marketing Strategy’. Walaupun wujudnya persaingan, pemilik kedai tersebut bijak mencipta keunikan yang menjadi daya penarik kepada setiap orang yang lalu-lalang di situ.
Keunikan yang dilakukan oleh kedai tersebut ialah:
- Harga yang murah daripada pesaing-pesaing yang ada
- Hiasan dalaman kedai yang unik dapat menaikkan ‘mood’ pengunjung kedai untuk membeli
- ‘Packaging’ yang kemas dan menarik
- Tawaran yang menarik (Tudung dijual sekali bersama brooch yang sesuai dengan warna tudung)
Apa yang saya dapat simpulkan di sini ialah:
- Kaji dahulu strategi pesaing-pesaing dalam perniagaan yang anda ceburi
- Cipta keunikan dalam perniagaan anda untuk mengalahkan pesaing yang wujud
- Keunikan yang disebut sama ada dari segi harga, kualiti produk, cara pembungkusan produk, khidmat pelanggan, masa beroperasi dll.
Dan yang paling saya bangga, kedai tu milik orang Melayu yang mengalahkan pesaing-pesaingnya (yang bukan Melayu)!
Setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan. Semoga sedikit tips kali ini dapat memberikan anda idea untuk memaksimakan keuntungan perniagaan anda.
Semoga berjaya!
- Shukor Subahir
Jika anda suka catatan ini, jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, sila subscribe feed blog ini dan catatan terkini akan dihantar terus ke kotak email anda.












January 20th, 2009 at 11:28 am
Yaya…buat suatu len daripada yang laen…skang nie pun aq tengok dah trend plak bwat ebook psai seks…myb kena ada nfas baru tuk penghasilan ebook cnthnya…jadikan poduk kita trademark kepada kita sendiri…kerana berlainn apa yg ada sekarang..
January 21st, 2009 at 12:28 pm
betul tu, kena masuk niche yang lain dari yang lain untuk luaskan pasaran ebook tempatan macam pasaran antarabangsa
January 21st, 2009 at 12:44 pm
Betul tu kadang2 barang sama tapi keunikan menyebabkan terpikatnya individu untuk membelinya