Kisah Di Sebalik Setiap Paket Mamee Monster

Masa zaman kanak-kanak dulu, kita mesti tak lekang daripada makanan ringan. Baik gula-gula, coklat, aiskrim mahupun keropok, semuanya pasti teruja bila melihat makanan ringan tersebut di kedai runcit atau pun bila ‘bai’ roti yang menjaja menggunakan motorsikal lalu di depan rumah.

Salah satu makanan ringan yang saya paling suka sehingga sekarang ialah keropok Mamee Monster. Hohoho…terliurla pulak :)

Sehingga ke hari ni masih ramai kanak-kanak yang suka dengan setiap paket kuning yang berisi mee segera yang rangup. Mamee Monster ni bukan saja terkenal di Malaysia, malah di Singapura, Australia, dan beberapa negara di Asia serta di Eropah.

Akan tetapi ramai yang tidak tahu pengasas Mamee Monster, iaitu Datuk Pang Tee Chew atau lebih dikenali sebagai TC Pang. Tahukah anda, terdapat pada satu ketika di mana Mamee Monster telah ditutup?

Memang tidak dapat dinafikan pelbagai dugaan dan rintangan yang terpaksa ditempuhi oleh Tee Chew dan bapanya, Pang Chin Tin (yang juga bergelar Datuk sekarang) apabila menimbulkan satu konsep ‘makan mee segera tanpa pelu memasaknya’.

Seperti kebiasaannya, idea tersebut telah ditentang, dikritik dan diperlekehkan. Saya dapat bayangkan orang-orang di sekelilingnya pasti mengatakan bahawa idea tersebut sebagai sesuatu yang tidak masuk akal. Malahan, pembekal utama mereka sendiri memberi komen idea tersebut tidak mungkin akan berhasil. Nah! Sekarang idea tersebut telah diterima oleh orang ramai.

Cuba anda bayangkan sekiranya Tee Chew dan bapanya berputus asa, kita tidak akan merasa dan melihat Mamee Monster yang dipaketkan dalam bungkusan berwarna kuning dan dijual di kedai runcit, pasaraya-pasaraya dan ‘bai’ roti.

Apa yang saya cuba tonjolkan di sini ialah sikap dan ciri-ciri yang harus ada pada setiap usahawan iaitu tidak mudah berputus asa, dan mengambil sikap tidak endah dengan setiap kritikan dan sindiran yang diterima.
Sekarang, ramai orang terutamanya kanak-kanak di seluruh dunia seronok menikmati setiap bungkus Mamee Monster dan tidak ketinggalan pula bagi mereka yang tua, ia menjadi sebahagian daripada kenangan manis zaman kanak-kanak. Kerangupan snek tersebut terserlah dari satu generasi ke satu generasi dan saya tidak nampak ia akan terkubur.

Oleh itu jika anda ingin berjaya, jangan mendengar kritikan atau  kata-kata negatif yang dilemparkan kepada anda walaupun kita diperlekehkan. Realisasikan idea tersebut. Jangan takut dengan kritikan-krtikan yang anda dapat.

Salah satu tips yang saya boleh berikan untuk mengatasi kritikan tersebut ialah dengan memaafkan mereka. Ini kerana mereka tidak nampak usaha anda untuk memperbaiki diri anda sendiri pada masa akan datang. Anda pun akan dapat pahala jika memaafkan mereka :). Selepas memaafkan mereka, teruskan usaha anda untuk mencapai kejayaan.

Anggap kritikan dan sindiran itu sebagai satu cabaran untuk membuktikan keupayaan anda. Untuk berjaya, bukannya senang!
Selamat beramal!

-Shukor Subahir

Motivasi Diri, Tips Perniagaan

Jika anda suka catatan ini, jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, sila subscribe feed blog ini dan catatan terkini akan dihantar terus ke kotak email anda.

Comments

2 Responses to “Kisah Di Sebalik Setiap Paket Mamee Monster”
  1. milsum Says:

    mamee mmg sedap…
    tapi aku x bg adik makan…
    huhuu…
    aku makan jek..berpaket2 skali sambar…hohoo

  2. admin Says:

    huhuhu…biasa orang cakap gila kentang.
    Sekarang orang panggil gila Mamee :)




Tinggalkan Komen