Kisah di Sebalik Sylvester Stallone…

Stallone atau lebih dikenali sebagai Sly di awal usia mudanya bercita-cita untuk menjadi pelakon Hollywood. Untuk menjadi pelakon, ia tidak semudah seperti yang disangkakan. Pelbagai rintangan dan halangan yang terpaksa beliau tempuhi.

Beliau pernah diherdik “Kau ni muka dah la tak hensem, orang tak nak tengokla pelakon yang bercakap dengan mulut yang senget” (ni saya terjemah ikut gaya bahasa saya sendiri :) )

Akan tetapi, kata-kata itu tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berusaha…

Keinginan Yang Membara Membolehkan Anda Terus Fokus…

Sly mempunyai keinginan yang membara untuk berkecimpung dalam industri perfileman. Tolakan demi tolakan yang beliau terima tidak mematahkan semangat beliau. Seterusnya, beliau mengubah cara dan mencuba lagi. Isteri beliau memaksanya untuk mencari pekerjaan kerana mereka sekeluarga kelaparan dan tidak cukup wang untuk membeli makanan dan memanaskan badan. Beliau masih berdegil dan tidak putus asa. Sly tidak mahu mencari kerja kerana beliau takut terperangkap dengan kitaran hidup manusia biasa. Sly mahu mengejar cita-cita yang beliau impikan sejak kecil lagi. Beliau tidak mahu melakukan sesuatu yang membawanya tesimpang dari matlamat untuk menjadi bintang terkenal. Beliau percaya akan hasilnya dan tahu matlamatnya sendiri; beliau hanya perlu mencari jalan yang betul untuk mencapai matlamat. Sly kerap mencari dan mencuba pelbagai cara.

Suatu hari beliau pergi ke perpustakaan untuk memanaskan badan sambil membaca sajak Edgar Allan Poe. Setelah membacanya, Sly dapat melihat sesuatu dengan pandangan yang berbeza sekali. Beliau berkata dengan membaca sajak tersebut, beliau dapat mencari jalan yang baru untuk mencapai matlamatnya. Beliau terus mengekalkan keinginannya yang membara.

Sly cuba untuk menjadi penulis skrip tetapi setiap skripnya ditolak…

Sly Menjual Rakan Baiknya…

Akhirnya, satu krip beliau terjual, “Paradise Alley” dengan harga $100. Wang tersebut tidak kekal lama. Beliau jatuh miskin. Pernah beliau mejual barang kemas isterinya (jangan ikut perangai ni). Beliau begitu terdesak sehinggakan beliau sanggup menjual anjing peliharaannya; iaitu rakan baiknya. Beliau cuba menjual dengan harga $50 tetapi tiada siapa yang ingin membeli. Beliau mengubah cara menjual dan akhirnya menjual anjing tersebut kepada seseorang yang tidak dikenali dengan harga $25. Ini adalah titik kejatuhan paling teruk dalam hidup beliau.

Suatu malam beliau menonton perlawanan tinju di antara Muhammad Ali dan Wepner di telivisyen. Wepner teruk dikerjakan  Muhammad Ali  tetapi Wepner tidak berputus asa dan tetap melawan. Sly secara automatik mendapat idea untuk filemnya Rocky. Beliau terus mula menulis skrip selama 20 jam tanpa henti dan akhirnya skrip tersebut berjaya dihasilkan. Akan tetapi, skrip tersebut tidak berjaya dijual.

Sly Mahu Untuk Membintangi Filem…

Setelah beberapa kali skrip beliau ditolak, ada seorang yang percaya dengan skrip tersebut dan menawarkan $125,000. Sly akan menjual skrip tersebut jika beliau menjadi pelakon utama dalam filem itu. Beliau diberitahu yang beliau bukan calon yang sesuai dan tidak dikenali. Sly menolak tawaran tersebut walaupun beliau dan keluarga memerlukan wang.

Beberapa tawaran yang beliau terima sehingga pada satu masa beliau ditawarkan $325,000 untuk skrip tersebut tetapi beliau tolak kerana beliau tidak ditawarkan untuk menjadi pelakon utama. Skrip tersebut akhirnya dijual pada harga $35,000 dengan Sly ditawarkan untuk berlakon sama. Dari situ bermulalah perjalanan hidup beliau sebagai seorang seniman.

Apa yang anda dapat pelajari dari kisah hidup Sly?

Ya, untuk berjaya anda perlu ada keinginan yang sentiasa membara, tidak takut untuk berubah jalan, lupakan jalan yang tidak membawa ke arah kejayaan, dan membuat pengorbanan jika perlu.

Saya berharap kisah ini dapat menaikkan semangat anda bukan sahaja untuk mencapai matlamat dan keinginan, tetapi untuk menunjukkan kepada anda bahawa tidak ada perkara yang mustahil untuk berjaya dalam apa jua…Sly pun boleh berjaya, apa lagi kita?

p/s: Saya suka cerita Rocky, ia menaikkan semangat motivasi saya untuk melakukan sesautu kerja yang saya rasa malas bila nak buat. Ceritanya pun sedikit sebanyak ada persamaan dengan kisah hidup Sly. Lagu “Eyes of The Tiger” memang best! :) 

         

Motivasi Diri, Tips Perniagaan

Jika anda suka catatan ini, jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, sila subscribe feed blog ini dan catatan terkini akan dihantar terus ke kotak email anda.



Tinggalkan Komen