Nasihat Perniagaan Abdul Rahman Bin Auf
Sahabat Rasulullah, Abdul Rahman B Auf adalah seorang saudagar termasyur yang dijanjikan syurga.
Abdul Rahman B Auf pernah ditanya: Apakah strategy perniagaannya sehinggakan menjadi hartawan yang terkemuka pada zaman itu?
Jawabnya:
1. Aku tidak pernah menolak keuntungan walaupun sedikit…
2. Aku tidak pernah melambatkan penjualan barangan daripada yang meminta…
3. Aku tidak menjual secara tangguhan bayaran…
Apa yang dimaksudkan mengikut pendapat saya:
1. Jangan menolak rezeki walaupun sedikit pun. Adakalanya kita terpaksa menurunkan keuntungan perniagaan kita untuk sesetengah target market. Dengan itu, keuntungan masih kita dapat… rezeki masih berpihak kepada kita walaupun sedikit.
2. Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan segala layanan pelanggan. Terbukti dari zaman dulu sehingga zaman kini, kelajuan dan kepantasan menangani perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi.
3. Cash transaction only
Saya pasti, 3 tip perniagaan Abdul Rahman B Auf boleh diperkembangkan lagi dan menjadi antara strategi anda dalam
menjalankan perniagaan.
Jika anda suka catatan ini, jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, sila subscribe feed blog ini dan catatan terkini akan dihantar terus ke kotak email anda.











