Apakah yang dikatakan pandangan jutawan?
Mengikut Adam Khoo dalam bukunya “Secret of Self-made Millionaire“, ia adalah cara kita melihat keadaan dunia disekeliling kita.
Cara kita melihat, memerhati dan memahami keadaan serta pengalaman yang kita lalui dalam kehidupan. Walaupun ada 2 individu berlainan mengalami peristiwa yang sama, akan tetapi mereka dibezakan oleh cara mereka melihat dan menerima keadaan tersebut. Perbezaan ini yang mengakibatkan tindakan dan keputusan yang berlainan.
PANDANGAN -> PEMIKIRAN -> TINDAKAN -> KEPUTUSAN
Tahukah anda bagaimana jutawan Richard Branson (pengasas dan pengerusi Virgin Group) mendapat idea untuk menubuhkan Virgin Airways?
Ceritanya begini…jeng, jeng, jeng :)
Pada tahun 1980, semasa bercuti di Beef Island, Richard dan isterinya terkandas apabila penerbangan tempatan Puerto Rico dibatalkan dan tidak ada penerbangan lain pada hari itu.
Richard tidak melihat keadaan itu sebagai satu masalah, sebaliknya melalui pandangan jutawan yang dimilikinya, beliau melihat ianya sebagai satu peluang. Oleh itu, Richard mengambil tindakan berbeza.
Jika kita tidak memiliki pandangan seperti jutawan, sudah tentu kita akan merungut, mengadu dan berasa tidak puas hati. Habis syarikat penerbangan tersebut disumpah seranahnya…
Ok, berbalik kepada cerita Richard Branson tadi. Richard menelefon beberapa syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan sewa khas dan beliau berjaya menyewa sebuah kapal terbang peribadi dengan bayaran sebanyak RM4,000.
Beliau tahu ramai yang memerlukan penerbangan ke Puerto Rico, jadi beliau meminjam sebuah papan hitam dan menulis di atasnya ‘Virgin Airways $39 Penerbangan Sehala Ke Puerto Rico’.
Beliau menjaja disekeliling terminal dengan memegang papan hitam tersebut dan dalam masa 1 jam, beliau berjaya memenuhkan pesawat yang disewanya.
Selepas berjaya menerbangkan kesemua penumpang dan mendapat keuntungan yang besar, Branson terfikir sejenak tentang kata-kata salah seorang penumpang tersebut, “Boleh tahan juga Virgin Airways ni. Tingkatkan perkhidmatan sedikit, sudah tentu mendapat sambutan yang hangat.”
Dan bertitik tolak itulah juga beliau mengasaskan Syarikat Penerbangan Virgin Airways.
Apa yang menarik di sini adalah beliau tidak menggunakan wang sendiri bagi menyelesaikan masalahnya. Dengan pandangan jutawan dan pemikiran menukar masalah kepada peluang yang beliau miliki, beliau bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah malah mengaut keuntungan.
Oleh yang demikian, sekiranya kita mahukan perubahan yang besar dalam hidup kita, kita perlu mengambil langkah yang berbeza. Bagi mengambil langkah yang berbeza, kita perlu berfikir dengan cara yang berbeza. Kita perlu berpandangan seperti seorang jutawan. Pandangan jutawan terbentuk daripada tabiat, fahaman, nilai dan sikap kita.
-Shukor Subahir
Assalamualaikum Tuan Rumah,
Dari blog Rohaizad bertandang ke mari menghulurkan salam perkenalan.
Entri di atas menarik khususnya pada petiikan ini “Dengan pandangan jutawan dan pemikiran menukar masalah kepada peluang yang beliau miliki, beliau bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah malah mengaut keuntungan.
Membaca profil tuan, jelas menunjukkan mahir dalam selok belok internet bisnes. Harap-harap boleh saya berguru dengan tuan.
Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard, work smart & creative”
Assalamualaikum
Pemburu Impian
Salam ceria dan inspirasi
“Pray Hard, Work Smart & Creative”
Assalamualaikum
Pemburu Impian
Salam buat pemburu impian.
Saya bukanlah terlalu mahir dalam selok belok bisnes internet. Sekadar meluahkan apa yang saya belajar dan saya tahu…
artikel yg menarik..mberi smngat utk mbuat 1 perubahan dalam diri..smgat & inspirasi dlm mnngkatkan taraf hidup yg lebih baik thnx a lot bro..salam
harap dpt brkongsi2 pngalaman
minda first class tu…hee
Perkongsian artikel yg amat bermakna utk saya.
Terima kasih.