Assalammualaikum dan salam sejahtera semua pembaca blog saya,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah dan Selamat Tahun Baru 2009 kepada anda semua yang menjadi pembaca setia blog ini.
Saya berterima kasih di atas kesetiaan anda dan sebagai tanda terima kasih saya kepada anda, di bawah saya berikan 3 tips yang utama yang dapat membantu anda mencapai matlamat pada tahun 2009…
3 Tips Untuk Mencapai Matlamat Anda!
Adakah anda impikan di mana anda mempunyai perniagaan online sendiri yang memberikan pulangan yang lumayan kepada anda setiap bulan, menjadi bos sendiri dan buat apa yang anda suka?
Ini bukanlah matlamat yang tidak realistik!
Anda boleh membina perniagaan online yang menguntungkan jika anda mengikut tips-tips yang saya berikan di bawah:
Tips#1 – Cari Idea Yang Anda Minat Dan Teruja!
Ini sangat penting. Bagi memastikan perniagaan online anda berjaya dalam jangka masa yang panjang, anda harus mempunyai minat dalam apa yang anda lakukan. Cara yang terbaik ialah dengan mencari idea, produk dan niche yang
anda minat.
Tips#2 – Anda harus melabur wang dan masa!
Anda mesti sedar yang anda harus melabur sejumlah wang jika anda ingin betul-betul berjaya dalam perniagaan online anda. Tidak ketinggalan juga bagi masa. Kedua-duanya sama penting.
Tidak semua dalam hidup ini percuma. Anda harus melabur sedikit wang sama ada untuk membeli hosting, domain name, melanggan autoresponder dan bermacam-macam lagi.
Jika anda mempunyai lebih masa daripada wang, tidak mengapa. Pada peringkat permulaan anda boleh menjimatkan wang dengan melakukan sendiri semua kerja. Jika anda menggunakan masa dengan efisyen, anda akan nampak hasilnya…akan tetapi ia memakan masa.
Apa yang penting adalah kekalkan momentum kerja anda. Jangan cepat berputus asa.
Rancang strategi dan pelan tindakan agar anda lebih mudah mengorak langkah ke hadapan.
Tips#3 – Ia Memakan Masa!
Anda perlu faham yang anda tidak boleh menjana wang yang berterusan dalam masa 1 malam sahaja. Ya, memang ada yang dapat lakukan, tetapi itu tidak normal.
Jangan sesekali cuba untuk mengambil jalan mudah untuk cepat kaya atau berjaya. Ini akan membawa kemusnahan dalam hidup anda. (Fuhh…dashyat ayat!)
Contoh: Skim Cepat Kaya
Anda mesti mempunyai sikap sabar dan konsisten. Jangan melompat dari satu cara ke satu cara. “Stick to it!” Jika anda nak belajar pasal Affiliate, belajar hingga berjaya mendapatkan hasil. Jangan pula bila orang sibuk bercerita pasal eBay, anda nak belajar pasal eBay pula. Kalau anda nak juga, memang tak salah tapi mestilah seimbang dan dibuktikan hasilnya.
Jadi, “stick to your plan”. Pastikan anda lakukan apa yang anda rancang.
Ok…sampai di sini sahaja.
Selamat beramal dan semoga berjaya!
P/S: Bagi sesiapa yang belum mendapatkan ebook Kuasa Lelong, baik dapatkan segera.
Tawaran menarik dari saya: http://shukorsubahir.com/blog/produk-terbaik/ebook-kuasa-lelong-yang-lagi-murah.html