SBD: Teknik Review - Buat Duit Dengan Affiliate

Seperti yang dijanjikan, hari ini saya akan menerangkan kepada anda teknik review untuk menjana pendapatan melalui affiliate. Seperti perniagaan lain, anda perlulah terlebih dahulu memilih produk atau perkhidmatan yang ingin anda promosikan.

Di bawah saya senaraikan tip & teknik yang perlu diambil kira dalam membuat sesuatu review. Tip & teknik yang saya akan terangkan ini selalu saya gunakan semasa membuat review. Ia mungkin tidak sama dengan otai-otai atau pun orang lain. Lain orang lain caranya. Jadi, terpulang kepada anda sama ada ingin mengikut teknik yang saya gunakan atau pun sebaliknya.

Ok, anda boleh rujuk tip-tip yang saya berikan di bawah semasa anda ingin membuat review:

  1. Pastikan anda tahu dan fahami tentang produk atau perkhidmatan yang anda ingin review. Sebagai contoh, jika anda membuat review berkenaan perkhidmatan hosting, pastikan anda baca, fahami dan selusuri laman web penyedia khidmat hosting tersebut terlebih dahulu sebelum membuat review. Bagi produk digital pula seperti ebook, anda harus membaca terlebih dahulu kandungan ebook tersebut agar anda memperoleh idea untuk membuat review.

  2. Lebih elok jika anda sendiri telah membeli dan menggunakan produk / perkhidmatan tersebut. Bagi produk yang berkaitan dengan teknik-teknik tertentu seperti perisian yang mampu menjana trafik yang banyak, pastikan anda telah mencubanya dan ceritakan tentang ciri-ciri yang anda suka / tidak suka mengenainya.

  3. Jika anda tidak membeli atau mencuba produk tersebut, cari dan ceritakan pengalaman anda yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatan yang anda promosikan. Sebagai contoh, jika anda mempromosikan produk berkaitan dengan ebay, ceritakan pengalaman anda menjual atau membeli di ebay.

  4. Buat ulasan yang mempunyai kebaikan dan kelemahan. Jangan terlalu memuji sangat dengan mengatakan produk itu bagus dan harus dibeli. Mesti ada pro dan kontra. Biar pembaca yang membuat keputusan sama ada produk itu harus dibeli atau pun tidak.

  5. Tawarkan ganjaran jika mereka membeli produk atau perkhidmatan melalui link affiliate anda. Tawarkan sama ada dalam bentuk rebet, produk fizikal atau pun produk digital. Anda juga boleh tawarkan servis yang berkaitan kepada mereka.

  6. Jangan lupa untuk cloak link affiliate anda agar nampak lebih profesional. Adalah lebih elok dan lebih cantik jika link affiliate anda seperti ini: http://shukorsubahir.com/PanduanMudah.my daripada seperti ini: http://dot-my.com/index.php?ref=sk . Tampak janggal dan pelik bukan terutamanya jika anda seorang newbie.

  7. Utamakan kualiti bukan kuantiti. Tidak perlu memikirkan untuk membuat review dengan panjang lebar kerana apa yang penting di sini adalah isi dan penerangan tentang kelebihan / kekurangan sesuatu produk atau perkhidmatan tersebut.

  8. Letak tajuk yang menarik untuk post review anda. Pastikan keyword nama produk atau perkhidmatan tersebut diletakkan dengan betul. Ini kerana ia sedikit sebanyak mempengaruhi review anda dari segi SEO (Search Engine Optimization).

    Sebagai contoh, jika anda taipkan panduan buat duit dengan mudah.my di enjin carian Google, anda akan dapati review yang saya buat di blog saya berada di kedudukan ketiga selepas laman web jualan produk itu sendiri.

  9. Be original and be creative. Buat ulasan menggunakan pemahaman dan gaya bahasa anda sendiri. Tidak perlu terikut-ikut dengan cara orang lain. Anda adalah diri anda sendiri. Jika anda membuat review yang baik, review anda akan menjadi unik dan punya kelebihan tersendiri.

  10. Fokus. Buat review semasa anda dalam keadaan yang tenang dan tidak tergopoh-gapah. Ini kerana anda perlu memberikan review yang baik bagi menjaga reputasi anda.

Untuk contoh bagaimana saya mebuat review, anda boleh lihat di sini:

http://shukorsubahir.com/blog/produk-terbaik/panduan-buat-duit-dengan-mudahmy.html

Sebenarnya, ada banyak lagi faktor yang membuatkan review anda mendapat perhatian yang tinggi dari pembaca. Membuat review tidaklah terlalu sukar. Jika anda membuat review berpandukan tip-tip yang saya berikan di atas, insyaallah anda akan nampak hasilnya.

Oklah, dah panjang berjela saya menaip. Untuk entri akan datang dalam siri buat duit dengan affiliate, saya akan terangkan kepada anda pula bagaimana saya menjana pendapatan affiliate menggunakan teknik pemasaran forum.

Sekian. Dah, pergi buat review sekarang… :D

Review, Blogging, Affiliate, Perniagaan Internet, Tips Perniagaan

Jika anda suka catatan ini, jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, sila subscribe feed blog ini dan catatan terkini akan dihantar terus ke kotak email anda.

Comments

24 Responses to “SBD: Teknik Review - Buat Duit Dengan Affiliate”
  1. Shahrul Says:

    Buat review tu penting, mesti atas pemahaman sendiri lebih baik. Kita x mampu nak review semua produk kn.

  2. admin Says:

    Betul tu bro Shahrul. Review produk adalah teknik yang mudah untuk buat duit dengan affiliate…

  3. sangilapi Says:

    salam ziarah,

    perkongsian yang menarik,tertarik dengan no.4,walaupun kita cuba menjana pendapatan namun faktor kejujuran jangan diketepikan….kalau ada kelemahan yang perlu diperbaiki,kita perlu berterus-terang semasa review itu :)

  4. admin Says:

    Terima kasih kerana sudi datang bro sangilapi :)

    Betul tu, harus jujur dalam membuat review…

  5. mijie Says:

    buat review tu memang teknik buat duit melalui affiliate….kalau seo nya kena..memang carian google kita boleh takluk…trafik masyuk, sales pun dpt

  6. boss Says:

    buat duit dengan kaedah affiliate mmg seronok.. saya pun galakkan sesiapa sahaja yang ingin mencuba.. tapi elakkan spam inbox org lain yea.. ;)

  7. admin Says:

    Bro mijie >> betul tu bro. Kalau kena gaya seo nya, memang boleh masyuk…

    Terima kasih sebab sudi melawat blog ni :)

    Bro Boss >> Haa…tak sangka pulak bro sudi lawat blog saya :)

    Bila dapat hasil dari affiliate, tengah tension pun boleh tersenyum…

  8. etomyam Says:

    salam,
    satu ulasan dan informasi yg berguna..nanti nak cuba apply kan :D

  9. admin Says:

    W’salam etomyam.

    Terima kasih sebab sudi melawat blog saya. :)

    Cuba applykan n jgn putus asa. Insyaallah, pasti akan ada hasilnya…

  10. donnyien Says:

    Salam,
    Lama tak mai kat blog u.Aku bangga kalau boleh buat review spt ni..tq bro

  11. admin Says:

    Bro donny, terima kasih kerana berkunjung lagi :)

    Yang penting, cuba. Kalau tidak kita tak tahu sejauh mana kemampuan kita.

  12. donnyien Says:

    Betul tu Bro,
    Banyak yang aku belum tahu bab blogging ni.harap dapat berkunjung kesini selalu :).

  13. Zazali Nordin Says:

    Kalau kesimpulan yang bermanfaat, terima kasih kerana tulis ok!!

  14. zik Says:

    buat affilate nie masyuk gak..cuma kena pandai ujikaji.. masih lagi belajau..

  15. admin Says:

    Takpa bro Zik, sambil belajar sambil praktikkan…

  16. boss Says:

    @admin hehe biasalah kunjung mengunjung.. nak tanya satu lagi kau cloak url to pakai kaedah apa? explain sikit..

  17. mhnizam Says:

    satu perkongsian menarik tentang affiliate..moga ramai akan terus berjaya dengan affiliate

  18. niaga tanpa modal Says:

    di awal pembabitan saya dalam affiliate, banyak yang saya buat silap, buat spam pun. Masa tu saya xtau lagi apa itu spam dan etika dalam promosi. Skang saya blajar dari kesilapan saya. pape pun, thanks dengan perkongsian tersebut

  19. Noor Azlin @ Bizznurse.com Says:

    Salam
    Ada kalanya kita kene cuba (kena modal) dulu utk dptkan review terbaik. Mmg raser berat sket, tp berbaloi kalo produk tu bagus. Serampang 2 mata ;)

  20. hyprobulksmsreview Says:

    Salam
    Memang hebat ilmu yang dikongsikan oleh encik Abd Shukor. Semakin baca semakin saya faham dengan program affiliate ni.

    bukan scam

  21. hyprobulksms Says:

    Salam,

    Saya datang kembali ke blog tuan. Saya sangkakan ada entry terbaru huhuhu..

    Tidak ada lagi rupanya. Saya tidak sabar menunggu ilmu yang bakal tuan kongsikan di blog tuan.

    Harap tuan update, saya akan berkunjung lagi lain kali.

  22. naz Says:

    nice bro! mmg bagus bwat review, selalunya org yg search psal review kat google adalah org mahu membeli, bleh convert review kite tu. huhuh

  23. Wan Says:

    sekaran cuba mencari pendapatan sampingan melalui blog
    buka ruang iklan.hehe

  24. x-po Says:

    camne nak cloak link affiliate tu?




Tinggalkan Komen