TAKUT Untuk Bermula…
Banyak respons yang saya dapat dari email dan juga rakan-rakan yang mereka TAKUT untuk memulakan perniagaan. Ada juga yang sudah bersiap sedia dengan tools untuk menjalankan perniagaan, akan tetapi takut untuk bermula.
Saya mula membuat beberapa kajian tentang kenapa dan apa yang mereka takutkan.
Di bawah adalah senarai hasil daripada kajian tersebut:
-
TAKUT modal yang dilabur hangus.
-
TAKUT jika tiada orang mahu membeli produk mereka
-
TAKUT jika orang sekeliling atau pun rakan-rakan mentertawakan mereka
-
TAKUT produk yang dijual tiada stok atau pun kehabisan stok bagi produk fizikal
-
TAKUT jika reaksi pelanggan yang marah jika penghantaran produk lewat seperti yang dirancang
-
TAKUT ditipu pelanggan, rakan perniagaan, atau pengilang
-
TAKUT pelanggan tidak berpuas hati dengan produk dan memulangkannya kembali
-
TAKUT pengilang “tutup kedai” kerana bankrap
-
TAKUT menghadapi pelanggan yang cerewet
-
TAKUT jika perniagaan tergantung di tengah jalan kerana tidak tahu menguruskannya
Kesemua faktor keTAKUTan di atas sebenarnya bukan dari faktor keadaan sekeliling. Ia disebabkan oleh kurangnya ILMU dan tiada KEYAKINAN DIRI. Dalam apa jua perniagaan mesti mempunyai risiko. Tidak kira besar atau pun kecil.
Jangan berfikiran negatif dan memikirkan masalah yang bakal dihadapi. Sebaliknya, pelajari ilmu tentang perniagaan dan fikirkan bagaimana anda boleh memulakan perniagaan secepat mungkin, tetapi dengan perancangan dan pelan perniagaan yang ampuh.
Mengapa perlu takut sedangkan belum bermula?
Jika anda suka catatan ini, jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, sila subscribe feed blog ini dan catatan terkini akan dihantar terus ke kotak email anda.
































