Wang Bukan Satu Matlamat?

Anda pasti tidak mahu mendengar orang lain bercakap tentang tajuk di atas. Kebanyakan orang beranggapan “saya mahu mendapat wang yang banyak. Tidak kira macam mana sekalipun”.Terus-terang saya katakan hendak memiliki wang yang banyak bukanlah satu matlamat.

Ya, bukan satu matlamat!

Wang hanyalah alat yang membantu anda untuk mengawal destinasi anda. Oleh itu, anda akan hidup dalam kehidupan yang anda mahukan dan mencapai matlamat anda.

Dunia di sekeliling anda memberikan anda tanggapan yang wang adalah kunci kepada kehidupan yang bahagia.

Berhenti dan fikirkan sejenak…

Berapa banyak orang kaya, artis-artis atau orang kaya yang menang loteri yang anda tahu?

Jarang sekali…wang hanya membantu anda mendatangkan masalah! Wang bukan membawa kebahagiaan. Kebanyakan orang mengalami kesengsaraan disebabkan terlalu cintakan wang.

Ambil masa dalam beberapa saat dan fikirkan tentang perkara tersebut…

Fikirkan yang wang hanyalah sebagai alat, satu alat yang boleh anda gunakan untuk mencapai cara hidup yang anda kehendaki.

Baiklah, apa yang dimaksudkan dengan cara hidup?

Cara hidup anda mungkin:

Semua ini adalah pilihan dalam cara hidup.

Wang yang dapat membantu anda mencapai cara hidup yang anda mahukan!

Jangan fokus kepada cara untuk mendapat wang dalam jumlah yang tertentu, tetapi fokus kepada cara bagaimana untuk meletakkan hidup anda dalam posisi yang tertentu, dan wang dapat membantu anda melakukan perkara itu.

Saya tahu pendapat saya ini jarang didengar dan bertentangan dengan pendapat majoriti, tetapi ini merupakan prinsip asas orang-orang yang berjaya, dihormati, dan pemilik perniagaan yang cemerlang.

Oleh itu ingatlah: Wang bukanlah kunci kepada kebahagiaan, tetapi membantu anda mengawal dan mencapai matlamat hidup anda.

Selamat beramal! :)

Perniagaan Internet, Tips Perniagaan

Jika anda suka catatan ini, jangan malu-malu untuk tinggalkan komen dan jika anda tidak mahu terlepas sebarang entri terkini dari blog ini, sila subscribe feed blog ini dan catatan terkini akan dihantar terus ke kotak email anda.



Tinggalkan Komen